Thursday, 15 November 2012
Monday, 12 November 2012
Perkongsian Slide Matematik Tahun 1-Pengenalan Isi padu Cecair
Saya ingin berkongsi satu slide yang dapat dimanfaatkan bersama iaitu Pengenalan Kepada Konsep Isi Padu Cecair untuk Tahun 1. Para guru boleh menggunakan idea ini untuk menambah keceriaan murid di dalam kelas di samping dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing. Selamat berkongsi...
Sunday, 11 November 2012
Tolak dari belakang? 'Abid Tahun 1 (Video 2)
Sekali lagi dengan menolak dari belakang (Nombor hingga 100). Kali ini contoh diberi ialah menolak 55 dengan 28. Ini memberi murid kemahiran menunjuk cara menolak bermula dari rumah sa iaitu tolak 8 daripada 5.
Murid ini, 'Abid, pada mulanya agak sukar untuk memahami topik Tolak Nombor hingga 100 terutama yang melibatkan nombor kecil pada rumah sa dengan nombor yang lebih besar. Sehingga beliau diperkenalkan dengan topik menolak dari belakang, 'Abid telah mula faham keperluan dan peranan nombor besar untuk menolak nombor lebih kecil iaitu dimulakan dengan meminjam nombor dari rumah puluh seterusnya mengira cara tolak dari belakang ini.
Pada waktu-waktu akan datang 'Abid pasti boleh mengaplikasikan tolak nombor kecil kepada nombor ini dengan lebih baik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Yang pasti, beliau telah memulakan pembelajaran menolak nombor kecil kepada nombor besar dengan kaedah ini. Tahniah 'Abid, Terima Kasih Cikgu!!

Friday, 9 November 2012
Tolak dari belakang? 'Abid Tahun 1 (Video 1)
Murid Tahun 1 ini mengaplikasikan cara menolak dari belakang. Mari kita tengok cara beliau melakukannya. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mengajar topik Tolak Nombor Hingga 100 untuk murid Tahun 1 mengikut daya pemikiran mereka. Sekurang-kurangnya kita telah memberi pilihan di samping mempelbagaikan kreativiti pengajaran dan pembelajaran.....kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)