Sunday 11 November 2012

Tolak dari belakang? 'Abid Tahun 1 (Video 2)


Sekali lagi dengan menolak dari belakang (Nombor hingga 100). Kali ini contoh diberi ialah menolak 55 dengan 28. Ini memberi murid kemahiran menunjuk cara menolak bermula dari rumah sa iaitu tolak 8 daripada 5.  
Murid ini, 'Abid, pada mulanya agak sukar untuk memahami topik Tolak Nombor hingga 100 terutama yang melibatkan nombor kecil pada rumah sa dengan nombor yang lebih besar. Sehingga beliau diperkenalkan dengan topik menolak dari belakang, 'Abid telah mula faham keperluan dan peranan nombor besar untuk menolak nombor lebih kecil iaitu dimulakan dengan meminjam nombor dari rumah puluh seterusnya mengira cara tolak dari belakang ini. 
Pada waktu-waktu akan datang 'Abid pasti boleh mengaplikasikan tolak nombor kecil kepada nombor ini dengan lebih baik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Yang pasti, beliau telah memulakan pembelajaran menolak nombor kecil kepada nombor besar dengan kaedah ini. Tahniah 'Abid, Terima Kasih Cikgu!!

1 comment: